24 Julai 2017 - 15:04
A.S Perlu Segera Bebaskan Tahanan Warga Iran: Ketua Badan Kehakiman Iran

Ketua Badan Kehakiman Iran, Ayatullah Sadeq Amoli Larijani berkata bahawa Amerika Syarikat perlu segera membebaskan warga negara Iran yang ditahan di penjara A.S serta menyerahkan kembali aset bernilai berbilion dolar milik Tehran yang sebelum ini dibekukan oleh Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Badan Kehakiman Iran, Ayatullah Sadeq Amoli Larijani berkata bahawa Amerika Syarikat perlu segera membebaskan warga negara Iran yang ditahan di penjara A.S serta menyerahkan kembali aset bernilai berbilion dolar milik Tehran yang sebelum ini dibekukan oleh Washington.

"Kami mengingatkan para pegawai A.S berhubung pencabulan hak warga Iran (oleh Washington) dan memberitahu mereka bahawa penahanan warga Iran di beberapa penjara A.S adalah sebuah pencabulan ke atas semua peraturan, konvensi dan undang-undang antarabangsa. Oleh itu mereka perlu dibebaskan sesegera yang mungkin," kata Larijani di dalam sebuah pertemuan dengan para pegawai kanan badan kehakiman itu di Tehran pada hari Isnin.

Beliau turut menambah bahawa Washington juga perlu menyerahkan kembali aset kerajaan Iran yang dirampas oleh negara polis dunia itu di dalam tindakan yang disifatkan oleh Larijani sebagai pelanunan dan perompakan yang dilakukan atas alasan yang tidak berasas.

Pada awal Mac lepas, sebuah mahkamah Luxembourg telah menolak sebuah permohonan oleh Tehran untuk mendapatkan kembali asetnya yang diambil oleh Wsahington. Amerika Syarikat mengatakan bahawa aset itu digunakan untuk memberikan ganti rugi kepada mangsa serangan 9/11. Dakwaan itu disangkal keras oleh Tehran. -ABNA24

/315